Tarikh: 7 Oktober 2010-14 Oktober 2010
Tak sempat nk update aktiviti dlm blog ni maklumlah bz je memanjang..
Tapi takpelah sbg catatan yg kami sekeluarga pernah sampai ke sini. Hampir seminggu di Sabah tujuan nyer utk ke konvokesyen adik di UMS maka hari yang selebihnya kira makan angin terus la.
Saya pun sempat jumpa rakan sekelas PJJ online di Sabah ..akhirnya bersua muka juga kita Jus....nice meet you..
Hari Konvokesyen 9 Oktober 2010 |
UMS |
Ikan apa ni besau.. kalau saya takut nk makan |
boleh pegang ikan |
1st time tengok tapak sulaiman beraneka warna |
p ke pulau sipadan hehehe |
Pantai kat Sabah pun cantik |
kreatif la |
Bak kata orang kalau ke Sabah tak singgah ke pasar Filipina tak sahkan...so kitorg pegi la tengok maner yang berkenan untuk dijadikan souvenir kpd diri sendiri dan saudara mara & rakan2 terdekat.
Beli jangan tak beli |
Kitorg pn beli jugak ikan terubuk dan lain2 makanan kering untuk mencuba makanan dari Sabah ni..
Susah nak dapat shoot terbaik coz awan tebal meliputi gunung kinabalu |
Seterusnya program ke Kundasang dan kg Luanti. Asalnya aku yang drive keta tp memandangkan jalan yang begitu curam dan berbukit bukau akhirnya aku surrender mintak member adik tolong bawak kan...
Akhirnya sampai ke hot spring |
Aku xleh lupa la titi ni ade nenek tu p hayun titi ni bertempik aku ngn mak aku...gayat tu...nenek tu boleh gelak pulak..tu belum masuk anjing yang jinak duk melilau2...anjing tu x der wat apa2 kitorg dah gabra.. |
Seronok nampak berendam |
Ni di Kg Luanti (bg ikan makan) |
Pengalaman kene gigit dek ikan xleh dilupa |
Singgah sebentar di Kinabalu Park..sejukkkkkkkkkk |
Cuaca yang menyukarkan perjalanan hujan dan kabus.. |
Seminggu kami di sana rasa tak puas nak jalan lagi...apa2 pun Sabah best
Ini k.ika, siddiq(bb) n siti..TQ atas segala keperluan sepanjang kami berada di Sabah...
Note: Seminggu berada di sana memang rindu kat kucing2 yang ditinggalkan..nasib baik ada abang yang tolong jagakan..maklumlah mata dah celik & langkah pun panjang..Rindu terubat la sket coz ada gambar2 diorg dlm handphone & camera...