Wednesday, May 29, 2013

Donut




Bahan-bahan (lebih kurang 7 biji)

1 cawan (250ml) tepung gandum
1 sudu teh marjerin
1 sudu susu tepung+gula (atau guna susu pekat manis)
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
Secubit garam
Gula

Cara membuatnya

Letakkan yis dalam air suam, kacau dan biarkan pastikan tiada ketul2 sebelum dicampur dgn adunan nanti
Gaulkan tepung gandum, marjerin.susu tepung dan garam hingga sebati
Masukkan yis yang telah dicampur dgn air suam dan ulikan adunan berkenaan
Biarkan adunan dalam setengah jam, adunan akan berkembang.
selepas itu ulikan adunan dengan peralatan utk membuat donut 
biarkan selamat beberapa minit
lepas itu panaskan minyak pada tahap sederhana 
goreng donut tidak terlalu lama selesai angkat drp kuali taburkan gula di atasnya atau kalau nak lebih menarik boleh letak coklat dan manik2 atau cips yg berwarna-warni




 adunan yang dah siap diuli
 penggelek 
 acuan donut
 ala macam buat kuih raya gak ni
 pastu tekap..dah siap tekap semuanya boleh la di goreng


taraaaa dah siap blh di makan panas2



Thursday, May 23, 2013

toilet signage

hehehe saje je nak share..ari tu p klinik hantar mak..memandangkan mak kene urine test pergilah duk cari toilet..tercari2 jugak mana label toilet sekali bila HA tunjuk ni lah tandasnya 

hahahaha


mek for female dan  awang for male

Saturday, May 11, 2013

Jom bercucuk tanam

kalau ada rak yang dh x berguna dlm umah..jgnlah dibuang..ada lagi kegunaannya spt buat mini garden ..
selesai semai benih
dah mula bercambah
yang ni pun sama


ni time baru je semai benih      
dah bercambah

x sabar nk tunggu ni semua membuahkan hasil

guna bekas semaian



pokok tomato..(diy sendiri botol )


benih betik belum tunjukkan tanda2 bercambah