Wednesday, May 21, 2014

Resepi mee sup

Setiap kali balik kerja buntu fikirkan nak masak apa makan malam..Iyalah sbb lunch kerap skip so dinner kene makan la..kalau x makan cekeding la ..

Google punyer google terlintas nak masak mee kari tetapi byk bahan dan for sure lagi lama masa nak sediakan bahan2 sebelum masak..

So jumpala resepi mee sup..

Senang sangat nak sediakan bahan dan cara masak pun mudah

Bahan2 A

Ayam (terpulangla nak banyak mana tetapi dipotong kecil2)
1 biji bawang besar
selabu bawang putih
3 inci halia
1sudu besar jintan manis
1 gelas air asam jawa yg telah ditapis
2kiub stok daging (knorr)
Sedikit garam halus
Fish cake (boleh dicampur terus or aksesori tambahan bersama sayur2 yg dicelur)
Fish ball (boleh dicampur terus or aksesori tambahan bersama sayur2 yg dicelur)
Air secukupnya
dan minyak untuk menumis.

Bahan2 B
 Mee kuning/Mee hoon
1 ikat sawi dicelur
Lobak dihiris halus (nak celur pun ok atau terus campurkan dalam kuah pun ok jugak)
Taugeh (nak dicelur pun ok)


Bahan2 C
Nak buat cili kicap
Bawang putih 
Cili api
Gula
Kicap

Penambah perisa dan bau
Daun sup
Limau nipis/kasturi

Cara nak masak 
Bahan A

Tumbuk dulu bawang putih+halia, manakala bawang besar dihiris halus.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi dan masukkan bawang besar bila naik bau wangi masukkan serbuk jintan manis dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan ayam gaulkan2 sehingga kecut dan air ayam tadi menjadi kering dan seterusnya masukkan air asam jawa tadi.. 
Setelah itu masukkan air satu jag(anggar2 nak buat kuah banyak mana), masukkan kiub stok  daging dan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ianya mendidih.
*Boleh jugak terus diletakkan fish cake or fish ball dlm kuah

Bahan B
Masakkan air dalam periuk sehingga mendidih dan celurkan mee kuning/mee hoon sekejap.
Ulaman juga boleh dicelur jika mahu.

Bahan C
Goreng tanpa minyak bawang putih beberapa ulas dan cili api merah.
Selepas itu biarkan sejuk seketika.
Campurkan semua bahan C selepas itu blend sehingga lumat.
Boleh simpan lama cili kicap ni letak dlm peti sejuk


Dah nak makan jangan lupa letakkan daun sup dan perahkan limau nipis/kasturi ..kalau ada bawang goreng pun ok..
dah siap gaul2 dan dlm gambar ni


So semua dah settle boleh dimakan dah sekarang


Kredit to Azie Kitchen .Ada juga bahan dalam senarai resepi Azie Kitchen saya x letak..sbb xde hehehe so proceed masak bahan2 yg ada je la :)